Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Genre : Fiction, Fiksyen, Sastera, Historical Fiction
Edition : Paperback, Published 1987 by Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Pages : 95 pages
Goodreads Ratings : 3.97 ☆
My Ratings : 4.6 ☆
Geli hati dengan gelagat si Latup. Tertarik dengan watak utama, Jamri yang berjiwa besar dan semangat ingin belajarnya. Peperangan langsung tidak menjadi penghalang untuk menuntut ilmu.
Antara bacaan ulangan saya pada bulan ini, amat menggamit memori zaman kanak-kanak. Cerita yang berlatarbelakangkan Perang Dunia Kedua, masyarakat kampung, fokus kepada watak utama kanak-kanak bernama Jamri yang mempunyai semangat ingin menuntut ilmu sehingga membuka 'madrasah'-nya sendiri di bawah rumah lantaran belum cukup umur untuk menyertai madrasah Haji Zawawi berdekatan rumahnya. Namun berikutan tercetusnya perang, madrasah tersebut terpaksa ditutup. Semangat yang ditonjolkan Jamri merubah fikiran Haji Zawawi terhadap penutupan madrasahnya.
Novel kanak-kanak ini amat sesuai bagi pembaca kanak-kanak sekolah, juga bagi yang dewasa kerana wacana yang hendak disampaikan penting; ilmu pengetahuan wajib dituntut.

No comments:
Post a Comment