Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Genre : Fiksyen, Fiksyen Sejarah, Asian Literature > Indonesian Literature
Edition : Paperback, Published August 14th 2015 by PTS
Pages : 144 pages
Goodreads Ratings : 4.06 ☆
My Ratings : 4.8 ☆
Tuan Direktur karya Hamka, langsung tidak mengecewakan. Sejak di helaian awal lagi saya sudah dapat mengagak layaknya 5 bintang untuk tulisan ini.
Sebuah karya pendek, mengisahkan kumpulan masyarakat bekerja, majikan dan orang bawahnya dan juga yang bekerja sendiri. Watak Tuan Direktur sebagai majikan yang langsung tidak mempedulikan kebajikan pekerja-pekerjanya, malah meninggi diri dengan kekayaanya yang sebentar cuma. Lahir pula watak Pak Yasin yang begitu berbeza pendirian terhadap kehidupan bekerja, harta dan budi pekertinya. Watak-watak lain yang hadir seperti Kadri, Margono, Haji Salmin dan Fauzi menguatkan lagi jalan cerita, masing-masing mempunyai peranan yang mengubah 'nasib' Tuan Direktur sepanjang plot cerita.
Saya suka dengan nasihat dan falsafah yang ditonjolkan melalui watak Pak Yasin. Masih relevan dipakai pada zaman ini kerana masih juga masyarakat setempat yang berperangai seperti Tuan Direktur. Kritikan Hamka amat tepat dan begitu lantang mengenai sifat masyarakat yang cepat lupa diri lantaran kejayaan yang dimiliki. Hamka juga bijak menyentuh nilai persahabatan dan nilai agama sekali gus.
Tulisannya ringan yang mudah ditebak. Plot cerita langsung tidak rumit. Bahasanya indah tersusun seawal helaian yang pertama lagi yang membuatkan saya lupa untuk bernafas kerana keindahan metafora dan hiperbolanya. Masterpiece! Kelainannya, Tuan Direktur ini bukan tentang adat Minangkabau.
Klasik yang mesti dibaca kerana sarat dengan pengajaran yang baik dan berguna dalam kehidupan.

No comments:
Post a Comment