Sunday, 16 July 2017

Review: Salina oleh A. Samad Said

Assalamualaikum dan salam sejahtera!



Genre : Fiksyen, Sastera, Fiksyen Sejarah
Edition : Paperback, Published April 2016 by Lejen Press
Pages : 655 pages
Goodreads Ratings : 4.23 ☆
My Ratings : 4.5 ☆

Sayang betul, dan kenapa dibeli juga sebab naskah kepunyaan ibu saya telah dimamah zaman, dan terlampau teringin nak baca Salina. Lejen Press nampaknya tiada usaha langsung untuk menyunting manuskrip ini. Kecewa.

Namun bangga dan terharu pada penulisannya. Merakamkan kisah hidup masyarakat zaman perang dan zaman menuju kemerdekaan. Memaparkan kemiskinan hidup, kesusahan mencari pekerjaan, pelacuran, kedaifan, tempat tinggal yang melarat, you name all the difficulties.

Salina merupakan satu watak yang menarik cuma entah kenapa penulis tidak terlalu mengetengahkan watak Salina. Kurang dari segi POV nya, 'backstory' nya. I want more of Salina! Terasa sayang dengan watak Salina kerana kebaikannya terhadap Hilmy, Katijah dan yang lain. Apa yang ditonjolkan mengenai Salina, serasa tidak cukup dalam 655 muka surat itu! 

Suka benar dengan perkembangan cerita dan watak walaupun agak lambat jalam penceritaannya dan berulang, tapi sebab ingin tahu mengapa Salina tetap bersama Abdul Fakar si tak guna tu membara. Sakit hati dan geram dengan perlakuan Zarina, juga si tak guna Fakar dan Salim terhadap Nahidah.

Sempat penulis menyelitkan kepentingan bahasa Melayu melalui dialog antara Nahidah dan Hilmy. Kepentingan pendidikan di zaman itu, namun sangat sukar bagi masyarakat untuk mendapatkannya lantaran kemiskinan dan kemelaratan hidup.

Ah kalau boleh nak sentuh semua watak yang wujud dalam Salina. Haji Karman, Razman, Sunarto, Zarina, Kurupaya Samy, Si Bulat semuanya mewakili seseorang dalam masyarakat dan sehingga kini, kita masih jumpa watak Haji Karman, seorang yang digambarkan alim dan suka menegur untuk kebaikan namun caranya menjatuhkan syurga neraka bagi seseorang amat tidak disenangi.

Saya harap saya akan jumpa naskah awal Salina dari DBP, kadang lebih selesa dengan cetakan asli. SALINA ini wajib dibaca oleh setiap penggemar sastera dan pembaca-pembaca buku, kalau tidak bukan ulat bukulah anda!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin